Siapalah aku..
Sunday, April 19, 2009
Tak kusangka jadi begini..
Tak kusangka kau kembali..
Siapalah aku..untuk meramal waktu.
Siapalah aku..tanpa cintamu..
Make a comment Permalink
Kenapa ya...?
Monday, February 02, 2009
Perjalanan yang dilalui ni...sukarnya untuk sampai ke penghujung..
Langkah semakin lama...semakin perlahan.
Pandangan semakin lama..semakin kabur.
Sesat.
Sudah hampir hilang arah..destinasi dituju.
Sesat??? Atau disesatkan?
Comments (6) Permalink
Mood ^.^ S w I n G ^.^
Wednesday, November 26, 2008
I don't know why..
Mungkin sebab tak cukup tidur la kot..
Tiga malam lepas tidur kena kacau ngan orang tu..2..3 pagi mengejut orang. Tapi takpe la..dah memang terjaga tu. Kadang tak terjaga jugak. So, takde la consider dia mengganggu pun. Suka ada laaa..hihi
Dia yang mengacau tapi dia jugak tetiba ghaib terlena..hurm.. Then nanti siang dia sibuk la sms bagitahu terlena la segala..hmmmm..tahu daaaah..tak payah cakap pun..hehe
Tapi semalam betul2 tidur terganggu.Macam2 bunyi la kat luar tu. Walaupun badan penat sesangat, baru balik dari exam, dengan tak rest melayan tetamu kat rumah..mata dah pedih2 tahan ngantuk..tetap tak boleh lena.
Cuba nak kacau orang tu..tapi tidur tak sedar diri la pulak...hayyyooooo time2 orang kesepian tu la dia nak tidur. Kalau tak..dia je la dok mengejut orang tidur.
Dua pagi semalam bangun tidur dengan rasa happy je walaupun kena kacau. Tapi pagi tadi ya ampuuuuuun..memang moody je rasa. Kakak pulak takde. Memang jadi malas betul nak bangkit. Bergolek2 kat katil tu sampai 9.30..hayyyoooo...kalau dapat tidur takpe la jugak..tapi dok terkedip2 la sampai sudah..
Dengan berbaju tidur lagi, sibuk menggeledah blouse yang dibeli semalam tu..tak sempat nak try sangat pun sebab ada tamu. Bosan punya pasal..menggedik sorang2 depan cermin dok try 5 helai baju tu. Masa tu mood kira ok la sikit.
Dah masuk tengahari sampai ke petang..mood makin down je rasa. Bosan satu hari ni. Orang tu pulak langsung tak msg. Tu yang tambah down tu. Kemuncaknya bila dia text lepas Maghrib tadi. Kenapa tah rasa jauh hati sangat. Dia tanya pun jawab sepatah-sepatah je...lambat2 je reply. Selalu tu on the dot la replynya.
Baru mood nak ok skit..tetiba cakap tunggu kejap..ada hal. Baru nak tayang baju beli semalam.. Hmmm...mood merudum balik la. Nak bercakap pun malas. Yaaa..itu memang sikap yang tak dapat nak ubah la. Kalau rasa marah or tak puas hati tu..memang malas nak bercakap. dengan orang takde kena mengena pun jadi malas nak layan. Bukan apa..kepala tu rasa macam dok fikir macam2, jadi tak boleh nak fikir dan menjana dengan betul apa yang orang cakap. So, macamana nak react or bagi feedback ?
Rasa macam nak off HP dua hari. Biar dia tercari2 macam dulu tu. Tau jugak dia risau...tetiba rasa nak break up....Emosi tengah tak betul, mula fikir macam2 la kan ?
Takde sebab apa pun..cuma rasa terabai je... Owh.. sangat rindukan dia yang dulu. Yang tak sibuk..yang sentiasa ada 24-7. Yang sentiasa jadi orang pertama dalam segala hal..dalam segala perkara.
Rindu dia yang dulu..yang setiap hari, pagi..petang..dan malam..akan tanya pakai apa..makan apa..buat apa..pegi mana..semua..segala-gala dikongsi bersama..
Hmmm..bukan nak meminta lebih..tapi cuma inginkan dia yang dulu. tak perlu datang mengadap selalu..tak perlu itu. I'm not that kind yang suka berdating2 selalu. Walau jumpa tak sampai 10 kali pun dalam setahun..it's fine with me. I'm used with it..and I live with it, because it's my choice.
Tahu dia masih sayang..boleh rasa keihklasan sayang dia tu..tapi adakah sama macam dulu ? Kenapa sekarang rasa macam dia dah tak peduli ? Lelaki memang selalu begitukah? Makin lama..makin kurang memberi perhatian.. kurang mendengar..kurang melihat..kurang merasa.. sehingga tiba satu saat, bila tiba2 kita hilang.. macamana? Apa yang mereka rasa ? Release? Gembira ? Sedih ? Duka ? Semua lelaki begitukah? Hmmm..bukan semua laaa , kan...
Owh..tiba2 teringatkan ezal. Bukan..bukan nak compare atau apa. Setiap orang ada kelemahan dan keistimewaan tersendiri. Bukan juga kerana dia cinta pertama..cinta paling lama..tapi rasanya..ezal amat membahagiakan.. dalam banyak segi..
Sampai ke akhirnya pun..dia tetap membuatkan diri terasa istimewa, terasa begitu unggul sekali di hatinya...Dengan ezal..perasaan sentiasa pasti. Terasa sangat terjaga segala segi. Terasa sangat2 disayangi, dilindungi..
Argh..betapa ingin merasa detik itu sekali lagi..
Oh Tuhan! Feel like crying..burst out the burden in my chest.. Tiba-tiba terasa sangat rindukan ezal..( and how I wish dia pun sama..maafkanku Tuhan )
Hmm..I need to stop now..dah tak boleh nak teruskan lagi..betul2 nak menangis..sepuas2 hati....
Comments (4) Permalink
Dah November 2008
Monday, November 03, 2008
Hurmmm...dah masuk bulan November dah ekk..
Cepatnya masa berlalu, dah hampir nak habis tahun 2008..Sedar tak sedar meen dah semester 4 dah..tapi masih panjang lagi perjalanan sebelum tamat belajar ni. Sekarang ni pun rasa cam terkejar2 je..
Belajar part time camtu la..kena pandai2 la manage masa, kalau tak..boleh lingkup jugak. Alhamdulillah assignments dah hantar last Saturday. Lega sekejap sebelum nak hadapi exam pulak tak lama lagi.
Meen rasa semua orang pun sama jugak bila berada dalam situasi cam meen ni. Banyak benda kena korbankan. Terutama sekali MASA.
Masa dah tak banyak macam dulu, Sebab kena agihkan pada belajar. Kalau dulu weekend boleh bersenang-senang di rumah, pi sana, pi sini tapi sekarang masa banyak terbuang di jalanan..menghabiskan masa berjam2 setiap kali ada tutorial. Penat.
Penat belajar tu memang biasa la..satu cabaran la kan. Ni penat nak kena drive jauh saban minggu..aduuuuh..membazir masa dan petrol betul la.
Tapi..itulah pengorbanan yang harus dibuat untuk majukan diri.
Moga segala penat lelah ini berbaloi. Amin.
Comments (4) Permalink
I consider Myself...
Monday, October 27, 2008
...unlucky ... in relationship...
...in L O V E...
Comments (3) Permalink
Rasa di hati
Saturday, October 11, 2008
Lately...berjiwa sangat kacau..
Macam-macam perkara ada di kepala..di hati..di jiwa.
Takut...sangat takut untuk berdepan segala kemungkinan.
Ya...meen masih paranoid dengan segala yang berlaku dulu. Mungkin sebenarnya tiada apa yang berubah..mungkin hanya kerana kesibukan yang menghambat waktu.
Tapi....rasa tidak senang itu tetap ada..
Rasa tidak selamat.
Rasa tidak disayangi.
Rasa tidak diperlukan lagi.....
Sayang dia....tapi keyakinan itu tiada.
~ Tuhan..jika diapun bukan untukku...bawalah dia pergi sebelum hati terlalu menyayangi..sebelum sejarah lama berkisah lagi..sungguh aku tak mampu berdepan saat itu lagi...
~ Namun seandainya dia yang tebaik untukku..tetapkanlah hati kami..hatiku dan hati dia..jangan biarkan luka itu berdarah kembali..
Seribu Bintang
Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih
Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu
Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti
Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku
Jangan permainkan cintaku
Comments (9) Permalink
A Story About Sand and Stone
Tuesday, September 02, 2008
I got this email from a dear friend-you-know-who-you-are. Thanks so much. I love the story and want to share it with whoever reading this..
This is a story about two friends who were walking through a forest. At one particular point, the two got into argument and one friend hit the other in the face.
The one who was hit was hurt, but without any word he wrote in the sand..
Today my best friend hit me in my face..
They walked on until they found an oasis where they decided to have a bath. The one who had been hit got stuck in the mud and was drowning but the friend saved him. When he came out, he carved in a stone..
Today my best friend saved my life..
The friend who had hit his best friend then saved him asked..
After I hit you, you wrote this in the sand and now you carved in the stone that I saved you, why did you do this ?
The other friend answered..
When someone hurt us, we must write it in the sand where the wind of forgiveness can blow it away. But if someone does a good deed for you, we have to carve it in stone where no wind can blow it away
Learn to write the hurt in the sand and carved your good experiences in stone.
It is said that it takes only a minute to find extraordinary people, an hour to appreciate them, a day to love them, but it takes a whole life to forget them..
Comments (2) Permalink
Tentang Seorang Perempuan..
Friday, August 08, 2008
Yang kini usianya 30-an
..........namun masih keseorangan
Yang punya rasa cinta dan sayang tanpa sempadan
.........namun entah pada siapa untuk dikongsikan
Yang hatinya pernah berkali-kali dilukakan
.........namun hidupnya masih tetap diteruskan
Yang kini masih sepi
.........namun kadangkala lebih senang menyendiri
Yang sering bertanya pada diri
.........masih adakah cinta untuknya lagi?
Yang tak ingin berharap lagi
.........bimbang yang diimpi tidak menjadi realiti
Yang hanya mampu berserah
.........moga Tuhan datangkan anugerah
Yang sabar menanti
.........anugerah seorang lelaki
.........yang mampu memahami diri
.........dapat menyinta sepenuh hati
.........dan punya wang berlori-lori
.........bolehlah pergi berjoli-joli
.........hihihihihihi...
Comments (12) Permalink
Janganla Over...
Sunday, August 03, 2008
Alahaiiiiii, sian kat blog ni tak berupdate. Nak tutup blog ni sayang la pulak, Takpe la..sesekali meen update kat sini walaupun takde orang yang baca..just untuk kepuasan sendiri je.
Hurm..si Ash muncul lagi tiba2. Dia text meen.
" U...I miss kat u sesangat.."
"Hurm...I pun tak tau la apa yang u miss kat I sangat.."
" Coz I ada perasaan kat u, sebab tu miss kat u sangat. U tak miss kat I ke?
" Sorry..u tahu I takkan jawab soalan camtu..no komen "
" I dah agak mesti u cakap no komen..takpe la sayang, i sabar menanti.."
" So..u buat apa sekarang? "
Meen saja nak alihkan topik, malas nak cakap2 pasal hati dan perasaan dia tu. Entah apa2 ntah. Dah berapa kali meen cakap, meen ngan dia just friend saja dan jangan panggil meen ngan nama 'SAYANG' tu lagi..tak suka...
Berbalas2 sms sampai meen dah naik bosan bila dia asyik nak menyelit jugak cakap pasal perasaan dia tu. Meen reply lambat-lambat, then cakap dah ngantuk. Tetap la sibuk dok send MMS gambar dia kat kampung. Takde pun meen mintak, meen delete je segala gambar yang dia send tu..
Pagi2 semalam dia text meen lagi. Sms yang ketiga baru meen reply. Meen cakap tengah bersiap nak keluar.
" Owh..nak keluar dating eh. Take care..huhu "
Hah! Meen tak cakap pun nak pi mana, keluar ngan siapa or atas urusan apa. Pandai2 dia je buat andaian sendiri. Tapi bagus jugak dia fikir meen keluar dating, jangan dia dok kejar2 meen lagi dah lepas ni...aman sikit dunia...
Meen tak kisah nak berkawan..tapi, janganlah over sangat...
Comments (2) Permalink
Biarku Bermimpi..
Monday, June 16, 2008
Memang fantasi itu tak seindah realiti..
Tapi salahkah aku untuk bermimpi?
Walau mungkin mimpi itu takkan menjadi PASTI??
Comments (6) Permalink
Don't buy Vista Security
| Next Page |

